Friday, March 14, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Royal Antwerp kejutkan Spurs

    PARIS, 30 OKT – Jose Mourinho berkata dia lebih suka membuat 11 pertukaran pada separuh masa pertama selepas Tottenham Hotspur tewas mengejut 0-1 dalam perlawanan Liga Europa menentang Royal Antwerp semalam, manakala pendahulu Serie A, AC Milan dan pasukan Mikel Arteta, Arsenal meraih kemenangan.

    Spurs gagal mencipta satu peluang walaupun dengan pemain penyerang Gareth Bale yang kembali menyertai kelab secara pinjaman daripada Real Madrid dan dikeluarkan kurang satu jam selepas perlawanan.

    Mourinho yang membuat empat pertukaran di separuh masa kedua menurunkan Dele Alli dan bercadang tidak akan menurunkan barisan kedua dengan lebih kerap pada masa depan.

    “Saya lebih suka membuat 11 pertukaran. Saya tidak keluarkan lima pemain kerana saya risau masa 45 minit yang lama lagi,” kata pengurus dari Portugal itu selepas Spurs kali pertama tewas di tempat lawan sejak Julai lalu.

    “Pada separuh masa pertama saya cuba memperbaiki situasi tetapi ternyata tidak cukup.

    Aksi pemain pertahanan Antwerp, Abdoulaye Seck ketika merebut bola dengan penyerang Tottenham, Heung-min Son dalam perlawanan Liga Europa UEFA antara Royal Antwerp FC dan Tottenham Hotspur FC semalam. – AFP

    Pada separuh masa kedua pula kami bertambah baik tetapi penghujungnya, Antwerp mendapat apa yang mereka mahukan. Pasukan lebih baik menang dan yang teruk tewas.

    “Saya selalu fikir pemain berhak diberikan peluang. Kami ada skuad besar dan ia peluang buat mereka untuk buktikan kemampuan tetapi malam ini, pilihan akan datang kini menjadi lebih mudah.”

    Kemenangan itu melonjakkan Antwerp ke puncak Kumpulan J selepas menang 2-1 di Ludogorets minggu lalu.

    Kelab Belgium itu beraksi dalam saingan Eropah kali pertama sejak tewas pusingan pertama di Liga Europa UEFA kepada Newcastle United pada 1994.

    Tuan rumah mendahului perlawanan pada minit ke-29 menerusi jaringan penyerang, Lior Refaelova yang tidak dikawal dalam kotak penalti selepas mendapat hantaran daripada Dieumerci Mbokani.

    Mourinho menurunkan Harry Kane menggantikan Bale untuk menggandakan asakan tetapi tetap gagal menembusi gawang lawan sehingga perlawanan tamat.

    Pasukan Spurs menguasai keseluruhan perlawanan tetapi tidak begitu mengancam dalam serangan dan pemain Antwerp dapat meraikan kemenangan itu di stadium yang kosong. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda