Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    RTB, penaja program nyanyian meterai perjanjian

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JULAI – Radio Televisyen Brunei (RTB) hari ini mengumumkan bahawa Pertandingan Best 914 Musim ke-19 akan berlangsung di Pentas Perayaan Brunei Muara pada 27 Julai, pukul 8 malam.

    Sehubungan dengan itu, Majlis Menandatangani Perjanjian Bersama Penaja Program Best 914 Musim ke-19, telah diadakan di Bangunan Utama, Kompleks Penyiaran RTB Sungai Akar.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh RTB, di sini, bagi menandatangani perjanjian berkenaan, RTB telah diwakili oleh Pemangku Pengarah, Cheong Chee Keong, manakala syarikat-syarikat penaja iaitu Firoz Jaya Silkhouse Sdn Bhd, Rimbun Suites & Residences, Studio7 Productions, Soon Lee Heavy Machinery, Milimewah Department Store dan Dynamic Sports diwakili oleh pengurus atau wakil syarikat masing-masing.

    Best 914 merupakan susulan daripada sebuah program nyanyian menerusi panggilan telefon di Pelangi FM yang dulunya dikenali sebagai Tolak Satu Ambil Satu, seterusnya Tolak Satu Ambil Dua dan kini dikenali sebagai Vokal.

    Setiap minggu, seorang pemenang akan dicari dan akan bertanding pada setiap hujung bulan, bagi mencari juara bulanan. Para juara bulanan seterusnya akan dipertandingkan di Pentas Best 914.

    Orang ramai adalah dialu-alukan untuk hadir bagi menyaksikan dan memeriahkan lagi pertandingan berkenaan. Siaran langsung pertandingan boleh diikuti melalui Pelangi FM.

    Cheong Chee Keong semasa menandatangani perjanjian tajaan dengan salah seorang wakil penaja. – GAMBAR SERAHAN RTB
    Cheong Chee Keong menyampaikan sijil penghargaan kepada salah satu penaja pertandingan berkenaan. – GAMBAR SERAHAN RTB
    GAMBAR SERAHAN RTB
    GAMBAR SERAHAN RTB
    GAMBAR SERAHAN RTB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda