Thursday, May 2, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Ruble merosot 26 peratus selepas sekatan SWIFT

    TOKYO, 28 FEB – Ruble menjunam ke paras terendah dalam nilai kurang daripada AS$0.01 sen hari ini selepas Rusia diputuskan daripada sistem pembayaran bank global sebagai tindak balas terhadap pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

    Mata wang Rusia jatuh hampir 26 peratus kepada 105.27 setiap dolar, turun daripada kira-kira 84 setiap dolar pada Jumaat lalu.

    Amerika Syarikat (AS), Jepun dan negara Barat yang lain mula mengenakan sekatan tambahan terhadap Rusia, termasuk sekatan ke atas akses beberapa bank Rusia kepada sistem pembayaran bank global SWIFT.

    Sekatan ke atas bank pusat Rusia menyasarkan aksesnya kepada lebih daripada AS$600 bilion dalam rizab yang Kremlin dapat digunakannya, menghalang keupayaannya untuk menyokong ruble selepas ia jatuh minggu lalu ke paras terendah.

    Kemerosotan mata wang ruble berkemungkinan akan menyebabkan inflasi melonjak, menjejaskan semua rakyat Rusia dan bukan hanya golongan elit Rusia yang menjadi sasaran sekatan awal. Gangguan ekonomi yang terhasil, jika langkah-langkah yang dibuat pada Sabtu lalu adalah keras seperti yang diterangkan, boleh menyebabkan Putin menghadapi pergolakan politik di negaranya.

    Penganalisis meramalkan peng-gunaan bank yang semakin meningkat oleh pihak Rusia, dan rizab kerajaan yang jatuh ketika rakyat Rusia berlumba-lumba untuk menjual mata wang sasaran mereka untuk aset yang lebih selamat.

    Sistem pemesejan kewangan SWIFT setiap hari menggerakkan berbilion-bilion dolar yang tidak terhitung ke sekitar lebih daripada 11,000 bank dan institusi kewangan lain di seluruh dunia.

    Negara sekutu di kedua-dua belah pihak, Atlantik juga mempertimbangkan pilihan SWIFT pada 2014, apabila Rusia menyerang dan menguasai Crimea Ukraine dan menyokong pasukan pemisah di timur Ukraine. – AP

    Mata wang Rusia, ruble jatuh hampir 26 peratus kepada 105.27 setiap dolar, turun daripada kira-kira 84 setiap dolar pada Jumaat lalu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh catat suhu paling panas bulan April

    DHAKA, 1 MEI - Biro cuaca Bangladesh berkata hari ini bahawa bulan lalu merupakan bulan paling panas dalam rekod, dengan negara Asia Selatan dan...