Saturday, May 4, 2024
25.1 C
Brunei

    -

    Rusia gantung bekalan minyak Latvia

    MOSCOW, 31 JULAI – Syarikat gergasi minyak Rusia Gazprom semalam menggantung bekalan minyak ke Latvia berikutan ketegangan di antara Moscow dan negara Barat disebabkan konflik di Ukraine serta sekatan Eropah dan Amerika Syarikat ke atas Rusia.

    Pengumuman itu keluar sehari selepas Moscow dan Kyiv saling menuduh pengeboman sebuah penjara yang menempatkan tahanan perang Ukraine di wilayah yang dikawal Rusia, dengan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky berkata lebih 50 orang terbunuh dan menggelar serangan sebagai jenayah perang.

    “Hari ini, Gazprom menggantung bekalan minyaknya ke Latvia disebabkan pencabulan syarat-syarat pembeli,” kata syarikat di Telegram.

    Gazprom memutuskan penghantaran minyak ke Eropah menerusi saluran paip Nord Stream pada Rabu lalu kepada kira-kira 20 peratus daripada kapasitinya.

    Syarikat Rusia itu sebelumnya mengumumkan ia akan mengurangkan bekalan kepada 33 juta meter padu sehari – separuh daripada jumlah yang telah dihantarnya sejak perkhidmatan disambung semula pada minggu lalu selepas kerja-kerja penyelenggaraan selama 10 hari.

    Negara Kesatuan Eropah (EU) telah menuduh Rusia menjejas bekalan sebagai tindakan balas terhadap sekatan Barat ke atas campur tangan Moscow di Ukraine.

    Gazprom memetik penggantungan operasi di salah satu daripada dua turbin untuk saluran paip disebabkan ‘keadaan teknikal enjin.’

    Jurucakap Kremlin Dmitry Peskov menyalahkan sekatan EU ke atas bekalan terhad.

    “Kapasiti pam sudah dikurangkan, dan lebih terhad. Kenapa? Disebabkan proses menyelenggarakan alat teknikal menjadi lebih sukar akibat sekatan yang dilancarkan oleh Eropah,” kata Peskov. – AFP

    Gambar fail menunjukkan menara perniagaan Pusat Lakhta, ibu pejabat syarikat minyak Rusia Gazprom di St Petersburg, Rusia. Gazprom berkata ia telah menggantung hantaran minyak ke Latvia disebabkan pencabulan kontrak. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...