Sunday, May 5, 2024
29.6 C
Brunei

    -

    Rusia rancang undur tentera dari Ukraine

    MOSCOW, 15 FEB – Kremlin hari ini berkata pengunduran beberapa tentera Rusia dari sempadan Ukraine telah dirancang tetapi menekankan Rusia akan terus menghantar tentera di seluruh negara apabila difikirkan sesuai.

    “Kami sentiasa berkata selepas latihan berakhir, tentera akan kembali ke pangkalan tetap mereka. Tidak ada apa-apa baharu di sini. Ia adalah proses yang normal,” beritahu jurucakap Kremlin Dmitry Peskov kepada wartawan.

    Awal hari ini, Rusia berkata ia sedang mengeluarkan beberapa tenteranya berhampiran sempadan Ukraine ke pangkalan mereka, dalam apa yang merupakan langkah pertama ke arah usaha meredakan krisis berminggu lamanya dengan Barat.

    Tindakan diambil di tengah usaha diplomatik giat untuk mengelak serangan Rusia ke atas jirannya, kemungkinan minggu ini, dan selepas Moscow mengumpul lebih daripada 100,000 tentera berdekatan sempadan Ukraine.

    Bercakap dengan wartawan hari ini, Peskov menolak dakwaan Barat mengatakan Rusia sedang merancang menyerang Ukraine.

    “Ia merupakan kempen bertujuan mencetuskan ketegangan,” kata beliau.

    Peskov membantah tindakan yang diambil oleh beberapa negara Barat, termasuk Amerika Syarikat dan Kanada, untuk memindah kedutaan mereka dari ibu negara Kyiv.

    “Ia adalah histeria, yang tidak mempunyai asas,” kata beliau.

    Rusia dan Barat harus membincang isu keselamatan negara masing-masing dan bukannya menambah lagi ketegangan, tambah beliau. – AFP

    Seorang anggota tentera Ukraine melepaskan tembakan semasa latihan Operasi Tentera Bersama di rantau Donetsk, timur Ukraine kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...