Thursday, May 2, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Saintis kaji perubahan iklim di ‘penghujung dunia’

    PUNTA ARENAS, CHILE – Para saintis Chile yang mengkaji organisma di salah sebuah tempat paling terpencil di Bumi yang menggesa para pemimpin serantau untuk meningkatkan usaha menangani perubahan iklim.

    Pada ekspedisi baru-baru ini, yang ditangguhkan selama setahun akibat pandemik koronavirus, berusaha untuk menyiasat organisma berbahaya dan bagaimana ia memberi kesan kepada perubahan iklim.

    Wilayah Magallanes, Chile yang terletak di penghujung Amerika Selatan iaitu tempat pertemuan lautan Atlantik dan Pasifik, ia juga dikenali sebagai ‘penghujung dunia’ dan menjangkau dari Punta Arenas melalui Selat Magallanes ke Selat Beagle.

    Belayar melalui selat dengan garisan puncak yang melepasi timbunan besar ais dan burung yang berterbangan, para saintis di atas kapal penyelidikan oseanografi, Cabo de Hornos telah melatih tumpuan mereka terhadap perairan itu, yang mempunyai tahap keasidan, garam dan kalsium yang lebih rendah daripada lautan lain, terutamanya di bahagian perairan paling cetek.

    Para saintis percaya keadaan yang terdapat di dalam perairan itu akan ditemui di bahagian lain dunia dalam beberapa dekad akan datang, apabila kesan perubahan iklim semakin meningkat.

    Burung penguin Magellan dilihat di pulau kecil di hadapan pulau Dawson, yang terletak di Selat Magellan yang merupakan sebahagian dari kepulauan Tierra del Fuego di Chile. – AFP
    Saintis dari makmal Ekologi Mikrob Sistem Ekstrem, menapis air laut untuk mencari mikroorganisma di makmal yang dipasang di dalam kapal penyelidikan oseanografi, Cabo de Hornos di Chile. – AFP
    Ahli biologi marin, Emilio Alarcon mengambil air picagari yang dikumpulkan oleh alat pensampelan air dari laut di wilayah Magallanes, Chile. – AFP

    “Rancangan serantau untuk pengurangan dan menyesuaikan kepada perubahan iklim sudah ketinggalan zaman berkenaan dengan apa yang berlaku di alam sekitar,” kata ketua ekspedisi, Jose Luis Iriarte kepada AFP.

    “Alam sekitar berubah lebih cepat daripada kita sebagai masyarakat bertindak balas terhadapnya.” Misi saintifik memberi perhatian khusus kepada ‘air pasang merah’ iaitu perairan yang mempunyai bunga alga berbahaya yang boleh menjadikan laut berwarna merah.

    Ia pertama kali direkodkan di wilayah Magallanes pada setengah abad yang lalu dan sejak itu bertanggungjawab atas kematian 23 nyawa dan meracuni lebih daripada 200 mangsa.

    Kawasan ini juga terjejas disebabkan oleh timbunan besar ais yang cair, hasil daripada pemanasan global.

    “Kami tidak tahu bagaimana organisma ini dan mikroorganisma berkenaan akan bertindak balas dengan kesan-kesan ini,” kata Iriarte. Ekspedisi tersebut berhenti di 14 buah tempat, setiap masa mereka mengambil sampel air di beberapa tahap yang berbeza sehingga mencapai kedalaman 200 meter menggunakan peralatan yang dipanggil ‘rosette’.

    Peralatan lain yang digunakan untuk mengumpul sampel tanah, kadang-kadang boleh mencecah kedalaman lebih daripada 300 meter. Para saintis juga mengumpul di persisiran pantai untuk mencari alga dan moluska.

    Benteng terakhir biodiversiti

    Antara titik penting berada di atas bot, ahli biologi marin Rodrigo Hucke, salah seorang daripada 19 orang saintis dalam ekspedisi, telah menghabiskan masa berjam-jam mengimbas permukaan air.

    Terlihat seekor ikan paus dari jauh, dia akan memberi isyarat dan kemudian masuk ke dalam bot motor kecil untuk cuba mendekati haiwan mamalia besar itu sedekat yang mungkin dalam usaha mengumpul najisnya, dengan tujuan mencari perubahan pada dietnya. Hucke berkata terdapat kekurangan tindakan pada masa lalu apabila ia berkaitan dengan lautan, yang meliputi 70 peratus permukaan bumi.

    Dia berharap di Persidangan Perubahan Iklim UN yang akan datang di COP27, Mesir yang menandakan transformasi dunia mengenai bagaimana pengurusan laut dilakukan.

    “Semua ini perlu diubah pada tahun 2022 dan perlu ada keputusan tetap dalam memajukan dasar perubahan yang terperinci dalam cara kita manusia melakukan sesuatu,” kata Hucke. Beliau risau bagaimana rantau ini akan jadi suatu hari nanti, “salah sebuah benteng terakhir biodiversiti di Bumi.”

    Selepas misi sembilan hari itu, sudah masanya untuk kembali ke makmal untuk menganalisis segala maklumat yang telah dikumpulkan.

    “Saya berfikir kami merupakan wakil suara untuk alam sekitar yang tidak dapat bercakap,” kata Wilson Castillo, seorang pelajar biokimia. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh catat suhu paling panas bulan April

    DHAKA, 1 MEI - Biro cuaca Bangladesh berkata hari ini bahawa bulan lalu merupakan bulan paling panas dalam rekod, dengan negara Asia Selatan dan...