Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Terry kembali ke pangkuan Chelsea

    LONDON, 29 DIS – Bekas ketua pasukan Chelsea, John Terry kembali ke kelab di mana dia memenangi 17 trofi termasuk lima kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara sebagai perunding jurulatih di akademi kelab tersebut.

    “Saya dengan sukacita mengumumkan bahawa saya akan kembali bersama kelab dan mengambil peranan sebagai perunding di akademi Chelsea FC,” kata bekas pemain pertahanan berusia 41 tahun melalui media sosial.

    “Dan saya akan menguruskan sesi kejurulatihan padang dan akan terlibat dalam perbincangan kejurulatihan dan memantau pemain akademi kami.”

    Bekas ketua pasukan England, yang tidak mengambil sebarang tugasan selepas meninggalkan peranan penolong jurulatih di Aston Villa pada Julai, akan menumpukan program pembangunan pemainmuda Chelsea.

    “Legenda The Blues akan bekerjasama dengan pemain muda dan kakitangan kejurulatihan dalam program pembangunan pemain muda, mengongsikan pengalaman yang diperoleh sepanjang 20 tahun sebagai pemain dan baru-baru ini menjadi penolong jurulatih di Aston Villa,” menurut kenyataan kelab dalam laman web rasmi mereka. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...