PARIS, 30 JULAI – Agensi Angkasa Lepas Eropah hari ini akan melancarkan satelit komersial yang boleh diprogram semula sepenuhnya yang pertama di dunia, justeru membuka laluan kepada era baharu komunikasi yang lebih fleksibel.
Tidak seperti model biasa yang dibangunkan di Bumi dan tidak boleh digunakan semula sebaik sahaja berada di orbit, Eutelsat Quantum dicipta berdasarkan teknologi perisian yang membenarkan pengguna menyesuaikan komunikasi mengikut keperluan mereka – hampir dalam masa nyata,
“Apabila satelit dilancar, permintaan dan pasaran boleh berubah,” beritahu Elodie Viau, pengarah telekomunikasi dan aplikasi agensi, kepada AFP baru-baru ini.
“Satu satelit yang tidak ‘tetap’ dan boleh disesuaikan mengikut keperluan pelanggan memberikan kami prospek yang lebih baik.”
Satu pelancaran yang berjaya akan membuka laluan kepada pengeluaran satelit secara besar-besaran, yang setakat ini hanya dilakukan sekali gus. Satelit Quantum akan membentuk sebahagian daripada muatan untuk roket Ariane 5 yang dijangka dilancarkan dari Pusat Angkasa Lepas Guiana di Latin Ameirka di antara 21:00 dan 22:30 GMT hari ini.
Selain Quantum, dijangka dikendalikan oleh Eutelsat, roket itu juga akan membawa satelit konvensional untuk Embratel Brazil. – AFP