Saturday, May 4, 2024
24 C
Brunei

    -

    Saya tidak akan berhenti F1 – Lewis Hamilton

    LONDON, 18 FEB – Lewis Hamilton menegaskan hari ini bahawa dia tidak pernah berkata dia akan berhenti dari Formula Satu walaupun trauma berakhir pada kempen kejuaraan dunia 2021.

    Pemandu Britain itu, 37, bercakap buat kali pertama sejak dia tewas kejuaraan dalam keadaan kontroversi kepada Max Verstappen di Abu Dhabi pada 12 Disember lalu.

    “Saya tidak pernah berkata saya akan berhenti,” kata juara tujuh kali, Hamilton pada majlis pelancaran kereta Mercedes 2022 itu.

    “Saya suka melakukan apa yang saya buat dan ia adalah satu keistimewaan bekerja dengan kumpulan besar pasukan ini dan awda berasa seperti sebahagian daripada sebuah keluarga. Tidak ada yang setanding dengannya.”

    Mengimbas kembali detik-detik selepas perlumbaan Yas Marina, Hamilton, yang muncul bersama rakan sepasukan baharu, George Russell dan bos pasukan, Toto Wolff, menambah: “Ia adalah masa yang sukar bagi saya dan masa di mana saya perlu berundur dan fokus pada masa kini.

    “Saya mempunyai keluarga saya di sekeliling saya dan mencipta kenangan indah.

    “Saya akhirnya sampai ke tahap di mana saya memutuskan saya akan menyerang sekali lagi pada musim lain dan bekerja dengan Toto dan George.” – AFP

    Lewis Hamilton menegaskan dia tidak pernah berkata dia akan berhenti Formula Satu walaupun trauma berakhir pada kempen kejuaraan dunia 2021. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...