Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Saya tidak gembira di PSG’

    METZ, 5 JUN – Penyerang Real Madrid Kylian Mbappe kelmarin berkata ‘perkara dan orang membuat saya tidak gembira’ di Paris Saint-Germain sebelum beliau menandatangani kontrak lima tahun dengan kelab Sepanyol itu.

    Mbappe, yang berusia 25 tahun, akan menyertai juara La Liga itu untuk musim depan dalam perpindahan yang telah lama diperkatakan setelah menghabiskan tujuh musim di ibu negara Perancis itu.

    Semasa lawatan PSG ke Jepun dan Korea Selatan musim panas lalu, pengurusan kelab itu mengancam untuk melarang Mbappe daripada bermain selepas beliau memberitahu mereka bahawa beliau merancang untuk meninggalkan Parc des Princes tahun ini.

    “Saya diberitahu, saya difahamkan, saya diajak berbicara dengan kasar,” kata Mbappe kepada pemberita menjelang perlawanan persahabatan Les Bleus dengan Luxembourg hari ini.

    “Di PSG, saya tidak gembira. Saya tidak bermaksud untuk tidak berterima kasih terhadap kelab yang telah memberikan peluang dan sokongan kepada saya. Tetapi ada faktor lain yang telah membuatkan saya tidak gembira,” tambahnya.

    Mbappe meninggalkan PSG pada penghujung musim selepas menjulang kejuaraan Ligue 1 dan Piala Perancis di bawah jurulatih Sepanyol, Luis Enrique dan penasihat Luis Campos, yang juga pernah bekerjasama dengannya ketika beliau bermain untuk Monaco.

    Di sebalik kejayaan domestik, beliau gagal membimbing kelab kampung halamannya itu merangkul gelaran Liga Juara-Juara, satu cita-cita besar bagi PSG yang dimiliki oleh Qatar dan presidennya, Nasser al-Khelaifi.

    “Orang yang menyelamatkan saya ialah Luis Enrique dan Luis Campos,” kata Mbappe.

    “Tanpa mereka, saya tidak akan dapat bermain lagi.” – AFP

    Mbappe bercakap semasa sidang akhbar pada malam perlawanan persahabatan antarabangsa pasukannya menentang Luxembourg di Longeville-les-Metz, timur Perancis, pada 4 Jun. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda