Saturday, September 14, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Scholz tekad ketatkan kawalan senjata

    SOLINGEN, 26 OGOS – Canselor Jerman, Olaf Scholz hari ini menggelar serangan pisau yang membawa maut minggu lalu sebagai tindakan ‘keganasan terhadap kita’ dan berjanji untuk mengambil tindakan pantas bagi mengetatkan kawalan senjata.

    Keganasan pada Jumaat lalu di sebuah festival jalanan di barat Jerman, Solingen, yang mengorbankan tiga orang dan mencederakan lapan yang lain, didakwa telah dilakukan oleh seorang lelaki Syria berusia 26 tahun yang mempunyai kaitan dengan kumpulan Islamic State (IS).

    Peristiwa berkenaan telah mengejutkan Jerman dan mencetuskan perdebatan baharu mengenai imigresen menjelang pilihan raya serantau utama yang dijadualkan pada Ahad depan.

    “Ini adalah satu bentuk keganasan. Keganasan terhadap kita,” kata Scholz pada sidang akhbar di Solingen.

    Serangan itu mengancam ‘cara kita hidup bersama’, kata canselor itu.

    Diiringi oleh pemimpin politik serantau, Scholz meletakkan bunga di sebuah tugu peringatan sementara untuk mangsa dan bercakap dengan petugas perkhidmatan kecemasan.

    “Kita kini perlu mengetatkan peraturan senjata, khususnya berkaitan penggunaan pisau,” kata Scholz sambil menambah bahawa ‘saya pasti ini akan berlaku dengan sangat cepat’.

    Jerman juga perlu ‘melakukan segala yang kita mampu bagi memastikan mereka yang tidak boleh dan tidak sepatutnya tinggal di sini di Jerman untuk diusir dan dihantar pulang’, kata Scholz. – AFP

    Scholz dilihat ketika meletakkan mawar putih berhampiran tempat kejadian serangan pisau, di Solingen, Jerman, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda