Tuesday, October 22, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seminar sokong penulis kanak-kanak tempatan

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OKT – Dalam usaha mempromosikan kesusasteraan kanak-kanak Brunei di forum tempatan, serantau dan antarabangsa seterusnya mengiktriaf karya penulis kanak-kanak tempatan, Seminar Children Picture Books telah dirasmikan, hari ini, di Ruang Minda, Perpustakaan Universiti Brunei Darussalam (UBD).

    Perasmian seminar telah disempurnakan oleh Penolong Profesor Kanan, Pengiran Dr Mohd Iskandar bin Pengiran Haji Petra, selaku tetamu kehormat majlis.

    Seminar yang berlangsung selama dua hari anjuran Persatuan Perpustakaan Brunei Darussalam (BLA) itu adalah bagi menandakan ulang tahun ke-38 BLA, yang mana seminar berkenaan disokong oleh Perpustakaan UBD, Majlis Buku Singapura dan Qasrun Nafis Publishing House.

    Turut hadir menyaksikan perasmian seminar berkenaan, Pengerusi Seminar, Haji Abu Bakar bin Haji Zainal.

    Seminar berkenaan diserikan dengan tiga penceramah utama dan 14 penulis muda tempatan juga akan terlibat sama dalam seminar berkenaan di mana buku-buku terbitan mereka akan dipamerkan di ruang lain perpustakaan UBD.

    Selain seminar dan pameran buku-buku hasil karya penulis anak tempatan, seminar berkenaan turut diisi dengan forum penulis mengenai How Do You Engage Your Readers? dan ahli panel forum ialah Dr Haji Mohd Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos, Dr Malai Zeiti Sha Hamid dan Dr Ammtton Alias.

    Seminar tersebut terbuka kepada perpustakaan, penulis, ilustrasi, pakar membaca dan awal pendidikan kanak-kanak, penerbit dan juga pencinta buku serta ibu bapa.

    Pengiran Dr Mohd Iskandar merasmikan Seminar Children Picture Books, kelmarin. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    Antara yang hadir semasa majlis tersebut. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda