Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Shin Hye bawa kelainan watak dalam drama The Judge from Hell

    SBS kini memperkenalkan drama baharu bertajuk The Judge from Hell yang menampilkan pelakon terkenal Korea Selatan, Park Shin Hye, sebagai Kang Bit Na, seorang iblis dari neraka yang memasuki badan seorang hakim.

    Drama bergenre fantasi romantik itu mengisahkan Kang Bit Na, seorang iblis yang kecewa dengan manusia yang lebih kejam daripada iblis itu sendiri. Selepas bertemu detektif berjiwa penyayang, Han Da On, yang dilakonkan oleh Kim Jae Young, Kang Bit Na memulakan perjalanan untuk menjadi hakim sejati dan menangani kejahatan manusia dengan cara tersendiri.

    Memetik kenyataan Soompi, pasukan produksi The Judge from Hell baru-baru ini mendedahkan beberapa foto di sebalik tabir Park Shin Hye sebagai Kang Bit Na, yang memperlihatkan sifat gelap dan ceria watak tersebut.

    Dalam satu imej, Park Shin Hye kelihatan dengan wajah tanpa emosi yang disertai darah merah, mencetuskan suasana misteri. Sebaliknya, dalam imej lain, beliau kelihatan ceria dan menarik, menunjukkan kepelbagaian ekspresi watak yang dibawanya.

    Menurut kenyataan daripada pasukan produksi, “Watak antihero Kang Bit Na adalah salah satu daya tarikan utama drama ini. Park Shin Hye berjaya menjiwai watak tersebut dengan lakonan yang mantap dan ekspresi yang pelbagai. Kami menjangkakan penonton akan terpikat dengan persembahannya.” – Agensi

    Park Shin Hye kelihatan dengan wajah ceria dalam drama baharu. – Soompi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda