Tuesday, September 17, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Shuhada tukar angin pindah Australia

    Memulakan kehidupan baharu di bumi Australia, personaliti media sosial dan juga usahawan Nurul Shuhada menganggap ia bagaikan mimpi menjadi kenyataan.

    Kata Shuhada atau Nurul Shuhada Mat Shukri, 30, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk berhijrah ke negara lain dan melihat tindakan dilakukan itu merupakan satu perjuangan untuk kebaikan.

    “Sebenarnya dah lama rancang. Rasanya sejak lapan bulan lalu saya sudah mula atur untuk memulakan kehidupan baru di sini.

    “Saya ambil keputusan untuk berhijrah kerana Allah. Nak mula hidup baru supaya anak-anak dapat rasa persekitaran baharu. Boleh belajar budaya orang di sini,” katanya ketika dihubungi mStar.

    Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi itu juga memberitahu dua orang anaknya iaitu Humairah dan Umar mudah menyesuaikan diri sejak mereka tiba di Melbourne sekitar pertengahan Julai lalu.

    Shuhada dan anak-anak kini menetap di Australia. – mStar

    Biarpun menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal, namun ia bukan penghalang buat Shuhada berdikari di bumi asing.

    Malah ketika mula berhasrat untuk berhijrah, dia sudah menyusun baik setiap langkah supaya urusannya di sana dipermudahkan.

    “Kehadiran saya di sini juga diterima baik. Dapat bertemu keluarga angkat yang banyak membantu semasa tiba dan tidak banyak masalah berlaku. Syukur segalanya dipermudahkan.

    “Sebagai ibu mestilah saya sudah rancang awal tentang urusan melibatkan anak-anak.

    Semuanya diatur dengan baik termasuk urusan tempat tinggal dan sekolah.

    “Dua orang anak saya seronok di sini dan mereka juga senang sesuaikan diri. Malah ketika perubahan musim pun mereka tidak alami sebarang alahan,” ujarnya.

    Tambah Shuhada dia masih meneruskan tugas sebagai duta produk tempatan termasuk melakukan review jika diperlukan.

    Malah, dia juga bersedia untuk berulang-alik menguruskan kes perbicaraan mahkamah berkenaan dakwaan dipukul oleh Hafidz sebelum ini. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda