Friday, March 14, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Simmtech labur AS$120 juta di Pulau Pinang

    GEORGE TOWN, 30 JULAI – Syarikat semikonduktor Korea Selatan, Simmtech Co Ltd akan melabur AS$120 juta untuk mendirikan kilang pertamanya di Asia Tenggara (SEA), yang akan berlokasi di Taman Perindustrian Batu Kawan Pulau Pinang.

    Pengarah Urusan SimmTech Asia Tenggara Jeffery Chun berkata keputusan untuk mendirikan kilang pembuatan berskala besar pertama syarikat di Pulau Pinang datang secara semula jadi kerana negeri ini mempunyai ekosistem elektrik dan elektronik (E&E) yang mantap, kumpulan bakat yang hebat dan asas  pelanggan sedia ada.

    “Memang sesuailah untuk kami untuk memilih rantau ini yang mempunyai latar belakang E&E yang kuat serta akses ke perniagaan dan sumber tempatan.

    “Ini adalah fasa pelaburan pertama kami; kebanyakannya akan dilaksanakan semasa projek pembinaan dalam tempoh dua tahun akan datang,” katanya pada taklimat media secara maya mengenai pelaburan strategik berkenaan hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda