Monday, December 23, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Son digugurkan dari skuad Olimpik Korea Selatan

    SEOUL, 30 JUN – Penyerang Tottenham Hotspur, Son Heung-min tidak disenaraikan di dalam skuad bola sepak Korea Selatan yang akan menyertai Olimpik bagi mengelak daripada dilema yang mungkin timbul antara kelab dan pasukan kebangsaan.

    Kempen baharu Liga Perdana Inggeris Tottenham bakal bermula pada 15 Ogos menentang pasukan juara bertahan, Manchester City, seminggu selepas final Olimpik di Tokyo.

    Hwang Ui-jo dari Girondins de Bordeaux disenaraikan dalam skuad 24 pemain yang melebihi had umur, sementara pemain tengah Valencia, Lee Kang-in, pemain termuda dalam skuad pada usia 20 tahun, boleh dikecualikan daripada khidmat ketenteraan dengan memenangi pingat emas di Olimpik.

    Korea Selatan mewajibkan semua kaum lelaki yang berkemampuan untuk berkhidmat selama 18 bulan. Tetapi pemenang pingat emas di Sukan Asia akan diberikan pengecualian daripada menjalani khidmat ketenteraan tersebut.

    Penyerang Spurs, Son dikecualikan menyertai pasukan tentera selama 18 bulan selepas memenangi pingat emas di Sukan Asia 2018 di Indonesia, sama seperti Hwang, yang menjaringkan 12 gol untuk Bordeaux musim lalu.

    “Saya tidak mengambil sebarang pertimbangan mengenai isu khidmat tentera,” kata ketua jurulatih Kim Hak-bun semasa menamakan skuadnya.

    “Saya hanya menumpukan usaha mencari mereka yang paling kompetitif,” beritahunya kepada wartawan. – AFP

    Gambar fail reaksi Son Heung-min meraikan gol semasa mewakili Tottenham Hotspur. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda