Saturday, May 4, 2024
27.4 C
Brunei

    -

    Stannard julang piala Jelajah de Wallonie

    BRUSSELS, 28 JULAI – Pelumba basikal dari Australia, Robert Stannard merangkul kemenangan profesional pertamanya dalam Jelajah de Wallonie selepas berjaya mendahului peringkat kelima dan terakhir kelmarin.

    Pelumba Alpecin-Fenix ber-usia 23 tahun itu berjaya memperoleh kemenangan di peringkat akhir setelah menewaskan pelumba Belgium, Jan Bakelant.

    Stannard telah mendahului keseluruhan perlumbaan pada peringkat kedua dan menewaskan rakan senegara Bakelant, Loic Vliegen untuk mendapatkan kemenangan secara keseluruhan.

    Sementara itu, pelumba dari Perancis, Axel Laurance menduduki tempat ketiga dalam peringkat perlumbaan sejauh 214.8 kilometer, yang merupakan perlumbaan terpanjang melalui Belgium dengan kayuhan 20 kilometer di atas batu buntar antara Le Roeulx dan Chapelle-lez-Herlaimont.

    Manakala itu, Dane Mattias Jensen menamatkan perlumbaan di tempat ketiga secara keseluruhan di belakang Stannard dan Vliegen.

    Mengenai rekod perlumbaan mereka dalam peringkat kelima kelmarin, Jan Bakelant mencatat rekod 4 jam, 37 minit dan 52 saat, sementara Robert Stannard mencatat rekod masa yang hampir sama dengan Jan Bakelants. Begitu juga de-ngan Axel Laurance, Thibau Nys, Matteo Trentin dan Dimitri Peyskens.

    Bagi kedudukan keseluruhan yang dicatat, Robert Stannard berjaya merekodkan 22 jam, 49 minit dan 54 saat, Loic Vliegen ketinggalan di tempat kedua sebanyak 10 saat, Mattias Jensen pula 12 saat. Manakala Lorenzo Rota (14 saat) dan Greg van Avermaet (26 saat). – AFP

    Reaksi Robert Stannard meraikan kemenangannya setelah mendahului secara keseluruhan dalam Lumba Basikal Jelajah de Wallonie. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...