Sunday, May 5, 2024
22.5 C
Brunei

    -

    Strawberi mungkin punca wabak hepatitis

    WASHINGTON, 31 MEI – Badan pengawal selia Amerika Syarikat (AS) dan Kanada sedang menyiasat wabak hepatitis yang mungkin dikaitkan dengan strawberi organik segar.

    Dalam satu kenyataan bersama pada hujung minggu, Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS (FDA) dan Agensi Kesihatan Awam Kanada berkata penyakit yang dikesan di Minnesota, California dan Kanada berlaku selepas orang memakan strawberi jenama FreshKampo dan H-E-B.

    Agensi berkata strawberi tersebut dibeli di antara 5 Mac dan 25 April. Buah berkenaan dijual di pelbagai kedai AS, termasuk Aldi, Kroger, Safeway, Walmart dan Trader Joe’s. Di Kanada pula, strawberi yang terbabit dijual di antara 5 hingga 9 Mac di kedai Co-op di Alberta dan Saskatchewan.

    Strawberi yang terjejas itu sudah luput hayat simpanannya, tetapi pegawai kesihatan berkata pengguna yang membeli dan membekukannya untuk dimakan kemudian harus membuang kesemuanya.

    Terdapat laporan 17 orang yang jatuh sakit dan 12 dimasukkan ke hospital di AS, menurut FDA. Sebanyak 10 kes dan empat pesakit dimasukkan ke hospital telah dilaporkan di Kanada.

    FreshKampo yang berpangkalan di Mexico, berkata dalam satu kenyataan bahawa ia sedang bekerjasama dengan badan pengawal untuk mengetahui bagaimana masalah tersebut timbul.

    Dalam satu kenyataan di laman webnya, H-E-B berkata ia masih belum menerima atau menjual strawberi organik daripada pembekal yang diragui sejak 16 April. H-E-B berkata sesiapa yang masih mempunyai strawberi berkenaan harus membuangnya atau mengembalikannya ke kedai di mana ia dibeli. – AP

    Strawberi yang baru dipetik dilihat di salah sebuah kedai. Badan pengawal selia AS dan Kanada sedang menyiasat wabak hepatitis yang mungkin dikaitkan dengan strawberi organik segar. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...