Tuesday, September 17, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sukan berkuda buat Idzham Ismail tenang

    Ramai mengetahui selain berlakon, aktor Idzham Ismail bergiat aktif dalam sukan berkuda apabila tidak mempunyai sebarang komitmen di lokasi penggambaran.

    Namun minat itu bukan sekadar hobi sebaliknya kata Idzham atau Muhammed Idzham Ismail, 36, dia serius malah memasang impian menyertai pertandingan di luar negara suatu hari nanti.

    Katanya, kos menyertai pertandingan sukan berkuda tidak murah malah boleh mencecah ratusan ribu ringgit di luar negara.

    “Saya ada pasang impian nak masuk pertandingan menunggang kuda di Perancis atau Dubai.

    “Modal nak masuk pertandingan di Dubai menurut kenalan saya memang besar. Insya-Allah kalau ada tajaan memang saya nak masuk.

    “Tapi itu perancangan saya untuk tiga atau empat tahun akan datang dan buat masa sekarang saya fokus berlatih,” katanya kepada mStar.

    Sementara itu, Idzham berkata, sukan berkuda membuatkan dia berasa tenang seolah-olah setiap masalah dihadapi boleh diselesaikan.

    “Kalau rasa tertekan sampai tahap kewarasan nak ‘hilang’ memang kena tunggang kuda dan Alhamdulillah keadaan akan jadi lebih baik.

    “Hendak pula waktu itu keadaan kewangan tidak begitu baik tetapi ajaibnya sukan ini menenangkan saya,” katanya. – Agensi

    Idzham mula serius dalam sukan menunggang kuda pada 2023. – Harian Metro
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda