Tuesday, November 5, 2024
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sule tolak tawaran jadi wakil rakyat

    Pelawak dan pengacara Indonesia iaitu Sule mendedahkan dia pernah ditawarkan bertanding dalam pilihan raya negara itu menyandang kerusi ketua daerah.

    Malah Sule, 48, memberitahu ada pihak yang mahu menaja kos bagi mengadakan kempen sekiranya dia bersetuju untuk bertanding.

    Bagaimanapun, Sule menolak tawaran tersebut kerana sedar dirinya bukanlah individu yang layak diangkat menjadi ketua dalam sesebuah komuniti.

    “Saya takut (jadi ketua daerah). Menjadi imam dalam rumah tangga pun saya pernah gagal dua kali. Bagaimana saya nak uruskan rakyat?

    “Saya sedar diri. Saya dicipta oleh Allah untuk menjadi seniman,” katanya menurut mStar yang memetik temu bual bersama Raffi Ahmad.

    Fenomena golongan artis menjadi calon dalam pilihan raya di Indonesia bukanlah satu perkara asing kerana sudah ramai yang menerima tawaran sebegitu.

    Bahkan ada juga selebriti yang dilantik menjadi pegawai di pejabat kerajaan serta terlibat dalam bidang pengurusan.

    Tambah bapa kepada penyanyi Rizky Febian ini, dia bimbang sekiranya tanggungjawab yang digalas sebagai ketua juga akan dipersoalkan di akhirat kelak.

    “Bukan saya sombong, saya sedar diri. Satu diri ini tidak boleh menguruskan masyarakat.

    “Saya takut kalau membawa masalah kepada masyarakat ia akan dipersoalkan di akhirat,” jelasnya. – Agensi

    Sule lebih selesa fokus pada kerjaya seni. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda