Tuesday, September 17, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taklimat beri penerangan hala tuju pelajar di PTET

    Oleh Sim Y.H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 SEPT – Dengan matlamat untuk memberikan penerangan kepada ibu bapa mengenai hala tuju pelajar selepas menamatkan pengajian Peringkat A, Pusat Tingkatan Enam Tutong (PTET) telah mengadakan Program Hala Tuju Pelajar Selepas Peringkat A bagi ibu bapa yang berlangsung di sekolah berkenaan, baru-baru ini.

    Taklimat itu telah disampaikan oleh penceramah undangan dari Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dayang Siti Juhaidah binti Haji Bujang bertajuk, Peranan Ibu Bapa dalam Menjaga Kesihatan Minda Sebelum Peperiksaan.

    Sementara itu, Timbalan Pengetua Pentadbiran, Haji Azrin bin Haji Bolhassan dalam kata alu-aluannya kepada ibu bapa telah mengongsikan maklumat mengenai hal akademik iaitu pencapaian peperiksaan bagi tahun ini.

    Manakala Guru Kerjaya PTET, Dayangku Farizah binti Pengiran Haji Wahab menyampaikan taklimat mengenai hala tuju pelajar selepas Peringkat A.

    Program diteruskan dengan sesi warkah yang dikendalikan oleh Kaunselor PTET, Dayang Norhaslinda binti Haji Mohd Adnan, di mana ia menyentuh hati ibu bapa apabila mereka membaca warkah yang ditulis oleh pelajar-pelajar kepada mereka sekali gus menulis balas warkah untuk menyuntik semangat pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan Peringkat As/A pada bulan Oktober/November nanti.

    Haji Azrin menyampaikan ucapan alu-aluannya semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN PTET
    Antara ibu bapa pelajar yang hadir semasa program berkenaan. – GAMBAR SERAHAN PTET

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda