Saturday, May 4, 2024
24 C
Brunei

    -

    Taliban mahu kawal lebih banyak misi diplomatik

    ISLAMABAD, 26 MAC – Kerajaan Taliban cuba untuk mengambil alih lebih banyak kedutaan Afghanistan di luar negara, kata seorang jurucakap kelmarin, di tengah-tengah pengasingan antarabangsa mereka yang berterusan kerana sekatan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan.

    Taliban mulanya menjanjikan peraturan yang lebih sederhana selepas pengambilalihan mereka pada Ogos 2021, tetapi sebaliknya mengenakan larangan menyeluruh dan langkah lain yang menyekat kebebasan asas.

    Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan kerajaan asing telah mengecam keras sekatan ke atas pendidikan dan pekerjaan wanita, dan masyarakat antarabangsa tetap berhati-hati untuk mengiktiraf Taliban secara rasmi, walaupun beberapa negara mengekalkan misi diplomatik aktif di Afghanistan, termasuk Pakistan, Turki, Qatar, dan China.

    “Emiriah Islam telah menghantar diplomat sekurang-kurangnya ke 14 negara dan usaha sedang dijalankan untuk mengambil alih misi diplomatik lain di luar negara,” kata jurucakap utama kerajaan, Zabihullah Mujahid dalam sebuah video. “Diplomat kerajaan terdahulu melaksanakan aktiviti mereka dengan penyelarasan kementerian luar.”

    Taliban menghantar diplomatnya ke Iran, Turkiye, Pakistan, Rusia, China, Kazakhstan dan negara Arab dan Afrika yang lain, menurut Mujahid, tanpa memberikan butiran lanjut.

    Pada Februari, pihak berkuasa menyerahkan kawalan kedutaan Afghanistan di Tehran kepada utusan kerajaan Taliban. Sebelum ini, ia dikendalikan oleh utusan bekas kerajaan Afghanistan yang disokong AS. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...