Thursday, June 1, 2023
34.6 C
Brunei

    -

    Isu teknikal punca penangguhan penerbangan Lufthansa

    BERLIN, 26 MAC – Operasi Lufthansa terjejas hari ini di lapangan terbang Frankfurt disebabkan masalah teknikal, menurut laporan agensi berita Jerman, dpa.

    Sistem daftar masuk di laman web syarikat penerbangan dan di kaunter, serta semasa menaiki kapal terbang, terjejas di lapangan terbang terbesar Jerman, beritahu jurucakap Lufthansa kepada dpa. Beberapa penerbangan ditangguhkan atau terpaksa dibatalkan disebabkan masalah tersebut.

    Daftar masuk masih mungkin menggunakan penyemak imbas telefon pintar atau tablet, dan aplikasi Lufthansa.

    Masalah teknikal itu berpunca daripada pembekal perkhidmatan IT luar, lapor dpa. Lufthansa meminta pengembara supaya memeriksa status penerbangan mereka dan berkata ia sedang bekerja keras untuk menyelesaikan isu itu.

    Bulan lalu, kerosakan kabel semasa kerja-kerja pembinaan di Frankfurt mengakibatkan kerosakan sistem komputer Lufthansa, membawa kepada pembatalan dan penangguhan penerbangan di seluruh dunia.

    Masalah hari ini berlaku sehari sebelum mogok negara di Jerman dijangka melumpuhkan trafik negara, dengan kakitangan lapangan terbang, kereta api dan pengangkutan awam membantah untuk gaji lebih tinggi dalam mogok sehari esok.

    Trafik udara telah pun dibatalkan hari ini di lapangan terbang kedua terbesar Jerman di Munich disebabkan mogok akan datang. – AP

    Seorang lelaki melalui terminal pelepasan yang lengang semasa mogok di lapangan terbang Munich, Jerman, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Budak 3 tahun maut ditikam di Australia

    SYDNEY, 1 JUN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut dan seorang lelaki berusia 45 tahun kritikal akibat ditikam dalam kejadian yang berlaku...
    - Advertisment -