Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taylor Swift ‘skip’ sebaris lirik lagu Fifteen

    Kehadiran teman lelakinya dipercayai menjadi punca Taylor Swift tidak menyanyikan sebaris lirik dalam lagu Fifteen semasa konsert di Singapura, baru-baru ini.

    Menerusi video tular di aplikasi TikTok, Taylor atau Taylor Alison Swift, 34, dilihat melangkau lirik ‘Well, in your life you’ll do things… greater than dating the boy on the football team… I didn’t know it at fifteen’.

    Menurut mStar, tindakan Taylor tidak menyanyikan bait lirik berkenaan mengundang tanda tanya dalam kalangan peminat.

    Ada yang berpendapat kemungkinan Taylor melakukan perkara itu kerana menghormati kehadiran kekasihnya, Travis Kelce yang juga seorang pemain bola sepak Amerika Syarikat.

    “Taylor tak nyanyikan lirik itu sebab dia sudah pun bercinta dengan seorang pemain bola sepak.

    “Saya ingin tahu kenapa Taylor langkau lirik tersebut,” komen warganet.

    Travis, 34, dilaporkan terbang ke Singapura untuk hadir ke konsert Taylor Eras Tour pada 6 Mac lepas bersama abangnya iaitu Jason Kelce. – Agensi

    Peminat Taylor Swift juga dikenali sebagai Swifties mengambil gambar ketika mereka tiba untuk konsert Taylor Eras Tour bintang pop itu di Stadium Nasional di Singapura pada 7 Mac. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda