Tuesday, November 5, 2024
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Teman wanita Sule berumur 18 tahun

    Pelawak Sule mendedahkan dirinya tidak mempunyai sebarang masalah untuk menjalinkan hubungan cinta bersama gadis yang lebih muda daripada usianya.

    Memetik laporan detikhot, Sule atau nama sebenarnya Entis Sutisna, 47, dia tidak berasa malu untuk bercakap soal kekasihnya iaitu pempengaruh media sosial, Santyka Fauziah yang kini berumur 18 tahun.

    Kata Sule, jarak usianya yang jauh berbanding Santyka bukan menjadi penghalang bagi kisah cinta mereka.

    Malah, terdapat khabar angin yang mengatakan pasangan itu bakal bernikah namun pelawak tersebut masih belum mahu memberikan sebarang kenyataan.

    “Bagi saya tidak ada apa-apa masalah. Soal bernikah, siapa yang beritahu? Doakanlah yang terbaik untuk kami,” katanya menurut laporan mStar.

    Jarak usia bukan penghalang untuk Sule memilih pasangan. – mStar

    Dalam pada itu, Sule mengakui dia mengambil masa yang lama untuk bertemu cinta baharu selepas bercerai dengan isterinya, iaitu Nathalie Holscher.

    Pun begitu, terdapat segelintir warganet yang menyifatkan berita tentang kekasihnya itu hanyalah sebagai satu gimik seperti yang dilakukannya sebelum ini.

    Jelas pelawak berkenaan, dia tidak mahu mengambil pusing dengan komen warganet dan menganggap sudah terbiasa dengan dakwaan yang dibuat oleh masyarakat.

    “Saya tidak kisah kerana sudah biasa dikatakan (buat gimik) seperti itu. Ya, sudah tentu saya merasakan ia bukan satu masalah buat saya,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda