Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tentera laut Indonesia pintas bot laju bawa migran tanpa dokumen

    JAKARTA, 20 OGOS – Tentera Laut Indonesia memintas sebuah bot laju yang membawa pekerja migran Indonesia tanpa dokumen serta seorang warganegara Malaysia di Kabupaten Tanjung Balai Karimun, Kepulauan Riau pada Ahad.

    Operasi itu dijalankan pada waktu malam berhampiran Pelambung sekitar 7:30 malam waktu tempatan, menurut Komander Pangkalan Tentera Laut Tanjung Balai Karimun, Leftenan Kolonel Anro Casanova.

    “Pasukan Tindak Balas Pantas Armada Satu kami mengesan bot laju itu beroperasi tanpa lampu navigasi, dan bot itu berjaya dipintas bersama penumpangnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Pihak berkuasa menemukan enam orang di atas bot berkenaan, termasuk dua individu yang dipercayai anak kapal, tiga individu pekerja migran tanpa dokumen serta seorang warga Malaysia.

    Pihaknya merampas beberapa barangan termasuk bot laju, tiga pasport Indonesia, Kad Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia, kad pengenalan Malaysia, empat kad pengenalan tambahan, enam telefon bimbit, lima beg, wang tunai sebanyak 430,000 rupiah dan sejumlah mata wang Malaysia yang tidak dinyatakan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda