Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Thailand cemerlang raih tiga pingat termasuk emas dalam sehari

    BANGKOK, 8 OGOS – Dalam aksi kecemer-langan atletik yang memukau, Thailand meraih satu pingat emas dan dua perak dalam tempoh sehari di temasya Sukan Olimpik Paris 2024 pada Rabu, mencetuskan gelombang kebanggaan negara.

    Atlet sensasi taekwondo Thailand, Panipak Wongpattanakit, lebih dikenali sebagai Tenis, mengukir namanya dalam sejarah Olimpik pada Rabu dengan berjaya mempertahankan pingat emas kategori 49kg wanita.

    Panipak, yang meraikan ulang tahunnya yang ke-27 pada Khamis, meraih emas Olimpik kedua berturut-turut, mencipta sejarah sebagai atlet Thailand pertama memenangi dua pingat emas Olimpik.

    Hari Olimpik bersejarah Thailand diteruskan apabila negara itu menambah satu pingat perak dan satu gangsa. Atlet angkat berat Thailand, Theerapong Silachai membawa pulang pingat perak dalam acara 61kg lelaki manakala Surodchana Khambao memperoleh gangsa dalam 49kg wanita.

    Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin mengucapkan tahniah kepada para atlet dan melahirkan rasa gembira selepas mereka memperoleh tiga pingat dalam satu hari di Sukan Olimpik Paris 2024. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda