Sunday, May 5, 2024
23.4 C
Brunei

    -

    The Young Tigers rancang adakan siri jelajah Eropah

    KUALA LUMPUR, 2 JUN – Skuad hoki remaja lelaki Malaysia merancang untuk mengadakan siri jelajah Eropah sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2023 di Kuala Lumpur pada Disember ini.

    Bagaimanapun tanpa mendedahkan butiran lanjut negara Eropah mana menjadi pilihan, ketua jurulatih, Muhamad Amin Rahim yakin akan mendapat manfaat penuh daripada siri jelajah tersebut yang kebiasaannya menurunkan barisan pemain terbaik dalam menguji keampuhan pasukan.

    “Kami belum lagi bermain dengan pasukan Eropah jadi diharapkan dalam jelajah itu kami akan membiasakan diri dengan corak dan gaya permainan mereka supaya lebih bersedia untuk bermain di Piala Dunia Remaja nanti,” katanya menerusi video dikongsikan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) kepada media.

    KHM sebelum ini meletakkan sasaran kepada pasukan hoki remaja negara untuk sekurang-kurangnya mara ke separuh akhir kejohanan hoki tersebut yang akan diadakan pada 5 hingga 16 Disember ini.

    Semalam, The Young Tigers menamatkan cabaran di tangga keempat selepas tumpas 1-2 kepada Korea Selatan dalam aksi penentuan ketiga atau keempat Piala Remaja Asia 2023 di Salahah, Oman.

    Sementara itu, menyentuh mengenai aksi dipamerkan anak buahnya di Piala Remaja Asia, Muhamad Amin berkata masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki bagi memastikan Malaysia bersedia sepenuhnya menghadapi Piala Dunia Remaja 2023.

    “Terdapat beberapa aspek telah dikenal pasti barisan kejurulatihan untuk diperbaiki terutama sekali dari segi kecergasan fizikal, ketangkasan serta kekuatan dan pemulihan.

    “Selepas ini pemain diberikan rehat sekurang-kurangnya 10 hari sebelum kembali menjalani latihan penuh. Kami akan beri tumpuan penuh kepada latihan fizikal yang ia adalah kekurangan yang sangat ketara dalam kejohanan (Piala Remaja Asia) ini,” katanya. – Bernama

    Aksi Malaysia dan Pakistan pada aksi separuh akhir Piala Remaja Asia di Oman. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...