Saturday, May 18, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    APG2023: Atlet para di landasan tepat capai 33 pingat emas

    PHNOM PENH, 2 JUN – Kontinjen Malaysia disifatkan berada dalam landasan tepat untuk mencapai 33 pingat emas disasarkan pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) ke-12 yang bakal membuka tirai di sini, esok, hingga 9 Jun ini.

    Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke APG Kemboja, Noor Syahieda Mat Shah melaungkan keyakinan itu selepas 144 atlet yang akan beraksi di pentas Asia Tenggara itu menunjukkan semangat luar biasa ketika fasa latihan terakhir. 

    Selain 33 pingat emas, 51 perak dan 58 gangsa turut menjadi buruan Malaysia menerusi 13 daripada 14 jenis sukan yang disertai pada edisi di Phnom Penh kali ini. 

    “InsyaAllah semua dalam landasan kerana ketika ini semangat atlet kita berada di tahap kemuncak walaupun terdapat cabaran daripada cuaca panas. Namun, kita dapat mengatasi masalah seperti itu dan mereka juga seronok berada di sini. 

    “Sasaran yang diletakkan kepada atlet itu amat bagus kerana sekiranya tiada, kita ini seolah-olah pergi sahaja tanpa menetapkan sasaran. Lagipun kesemua sasaran itu diletakkan mengikut data kejayaan barisan atlet,” katanya selepas upacara menaikkan bendera 11 negara di sini hari ini. – Bernama

    Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin (tengah) bersama Noor Syahieda Mat Shah (tujuh dari kanan) bergambar bersama kontinjen Malaysia pada upacara menaikkan bendera sempena temasya itu di Stadium Nasional Morodok Techo kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...