Thursday, May 2, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Tindakan undang-undang jika langgar QO

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 MAC – Kegagalan dalam melaporkan jangkitan positif dan melanggar Perintah Kuarantin (QO) akan dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Penyakit Berjangkit.

    “Orang ramai yang mengetahui isu sedemikian perlu melaporkan kepada pihak polis untuk siasatan selanjutnya jika didapati bersalah,” tegas Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar pada sidang media, petang tadi.

    Jelasnya lanjut, bagi mereka yang melakukan pelanggaran Perintah Kuarantin seperti berjalan-jalan ketika kod BruHealth berwarna merah atau ungu maka perkara itu dipandang serius sehingga boleh dihadapkan di mahkamah.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh catat suhu paling panas bulan April

    DHAKA, 1 MEI - Biro cuaca Bangladesh berkata hari ini bahawa bulan lalu merupakan bulan paling panas dalam rekod, dengan negara Asia Selatan dan...