Saturday, May 4, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Toyota, pengeluar kereta terlaris 3 tahun berturut-turut

    TOKYO, 30 JAN – Syarikat Toyota Jepun menjadi pengeluar kereta paling laris di dunia pada 2022, mengekalkan kedudukannya sebagai pendahulu mengatasi pesaingnya Jerman, Volkswagen selama tiga tahun berturut-turut, menurut data syarikat hari ini.

    Walaupun kekurangan cip dan gangguan rantaian bekalan berkaitan COVID, Toyota dan anak syarikatnya menjual hampir 10.5 juta kenderaan tahun lepas, kira-kira sama seperti pada 2021.

    Sebagai perbandingan, Kumpulan Volkswagen yang memegang tempat teratas sehingga 2020 apabila ia diatasi oleh Toyota, menjual 8.3 juta unit tahun lepas, mengalami penurunan tahunan sebanyak 7 peratus.

    “Walaupun kesan kekangan pengeluaran yang disebabkan oleh penyebaran COVID-19, peningkatan permintaan untuk semikonduktor, dan beberapa faktor lain, namun jualan global berada pada tahap yang sama dari tahun ke tahun hasil daripada permintaan kukuh yang berpusat di sekitar Asia,” kata syarikat gergasi Jepun itu.

    Pada 2022, Toyota menjual 2.7 juta kenderaan elektrik, lebih kurang 5 peratus berbanding tahun sebelumnya. Sebahagian besar daripadanya, 2.6 juta adalah model hibrid.

    Toyota mempelopori kereta hibrid, tetapi beberapa pengkritik berkata syarikat itu lambat membuat peralihan kepada enjin berkuasa bateri walaupun permintaan melonjak untuk kereta pelepasan rendah. – AFP

    Orang ramai melawat bilik pameran kereta Toyota di Tokyo. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...