Sunday, May 5, 2024
23.4 C
Brunei

    -

    UBD meterai MoU bersama CityU

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MEI – Universiti Brunei Darussalam (UBD) terus menekankan komitmen kepada inovasi dan melahirkan sebuah generasi berkeusahawanan.

    Sehubungan itu, universiti berkenaan telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan City University of Hongkong (CityU) semasa menghadiri Majlis Pelancaran Pertandingan Hong Kong (HK) Tech 300 Southeast Asia Startup yang dihoskan oleh CityU di Hotel Hilton Kuala Lumpur pada 8 Mac lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh UBD, di sini, menandatangani MoU berkenaan bagi pihak CityU ialah Naib Presiden (Penyelidikan dan Teknologi), Profesor Michael Yang Mengsu dengan saksi, Naib Presiden (Pentadbiran), Sunny Lee Wai-Kwong dan bagi pihak UBD ialah Penolong Naib Canselor (Inovasi dan Perusahaan), Profesor Dr Mohd Ayub Sadiq dengan saksi, Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Global), Dr Joyce Teo Siew Yean.
    Turut hadir ialah Presiden dan Profesor Unggul Universiti, CityU, Profesor Way Kuo; Penasihat Pendidikan Tinggi kepada Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, Profesor Emeritus Dato Dr Morshidi Sirat serta pegawai-pegawai kanan dari Universiti Malaya (UM), Universiti Putera Malaysia, Chulalongkorn University, Xiamen University Malaysia, Malaysia-China Business Council and Chambers, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Selangor Information Technology dan Digital Economy Corporation (SIDEC).

    MoU itu menjadi sebagai rangka kerja bagi kedua-dua buah universiti termasuk UM dan Chulalongkorn University untuk bekerjasama dalam bidang-bidang pemindahan teknologi dan pengkomersialan, pemadanan perniagaan, pelaburan bersama, sokongan tempatan dan bimbingan serta memudah cara menerusi Pertandingan HK Tech 300 Southeast Asia Startup.

    Profesor Michael Yang Mengsu dan Profesor Dr Mohd Ayub Sadiq semasa majlis pelancaran Pertandingan HK Tech 300 Southeast Asia Startup. – Gambar serahan UBD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...