Saturday, May 18, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    AS luah kebimbangan serbuan syarikat di China

    WASHINGTON, 11 MEI – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken pada Rabu menyuarakan kebimbangan mengenai layanan diterima syarikat Amerika dan perusahaan asing lain di China di tengah-tengah laporan serbuan ke atas firma AS, mendakwa mereka tidak dilayan dengan cara yang sama seperti syarikat China di seluruh dunia, lapor Anadolu.

    “Berkenaan layanan beberapa syarikat kami dan syarikat lain di China, saya telah melihat laporan itu (serbuan) dan kami jelas mempunyai kebimbangan,” kata Blinken semasa sidang akhbar dengan Menteri Luar Sepanyol, Jose Manuel Albares di Jabatan Negara.

    Blinken mengulas pertanyaan mengenai laporan syarikat AS beroperasi di China diserbu oleh polis di bawah undang-undang tindakan pencegahan pengintipan baharu yang menuduh mereka mengintip kerana berkongsi data dengan AS.

    “Satu daripada kebimbangan kami dan ia juga kebimbangan yang dikongsi oleh ramai sekutu dan rakan kongsi ialah cara sesetengah perusahaan kami dilayan di China, yang dilayan dengan cara yang tidak sewajarnya berbanding layanan yang diterima kebanyakan perusahaan China di seluruh dunia,” katanya.

    Menurut beberapa laporan awal minggu ini, pihak berkuasa China menyerbu beberapa pejabat firma perunding antarabangsa Capvision.

    Pejabat syarikat di Suzhou itu diserbu, dengan pekerja disoal siasat dan peranti pejabat diperiksa, seperti yang dilaporkan stesen televisyen wilayah Jiangsu. – Bernama

    Antony Blinken (kanan) dan Jose Manuel Albares mengadakan sidang media di Jabatan Negara di Washington pada 10 Mei 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...