Saturday, May 4, 2024
24 C
Brunei

    -

    UK, Jerman bincang keselamatan Eropah

    BERLIN, 24 APRIL – Perdana Menteri United Kingdom (UK), Rishi Sunak, akan berbincang mengenai pertahanan dan keselamatan dengan Canselor Jerman, Olaf Scholz, hari ini apabila pemimpin Britain itu mengadakan lawatan pertamanya ke Berlin sejak menjadi perdana menteri 18 bulan lalu.

    Perbincangan dijangka bertumpu pada Ukraine, tahap perbelanjaan pertahanan dan usaha Jerman untuk memperkukuh pertahanan udara NATO di Eropah berikutan serangan peluru berpandu tanpa henti Rusia ke atas Ukraine.

    “Pada saat berbahaya bagi dunia, UK dan Jerman berdiri bersebelahan untuk memelihara keselamatan dan kemakmuran di dalam negara dan di seluruh benua kita,” kata Sunak, mengalu-alukan lembaran baharu dalam hubungan kedua-dua buah negara.

    Lawatan Sunak ke Berlin merupakan hari kedua dalam lawatan dua hari ke Eropah. Beliau melawat ibu negara Poland, Warsaw, kelmarin di mana beliauberjanji untuk menambah secara beransur-ansur perbelanjaan pertahanan UK kepada 2.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2030.

    Sunak berkata Barat sedang menghadapi tempoh paling berbahaya sejak berakhirnya Perang Dingin, dengan serangan Rusia ke atas Ukraine memasuki tahun ketiga, tetapi juga ancaman peningkatan di Timur Tengah.

    Negara-negara NATO berdepan tekanan untuk meningkatkan perbelanjaan pertahanan dalam menghadapi ancaman global berkenaan. – AFP

    Scholz (kiri), dan Sunak memeriksa kawalan kehormat tentera di Canselori di Berlin pada 24 April. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...