Sunday, May 5, 2024
23.4 C
Brunei

    -

    Ukraine eksport 370,000 tan metrik bijirin pada minggu pertama

    NEW YORK, 11 OGOS – Ukraine mengeksport hampir 400,000 tan metrik bijirin pada minggu pertama pelaksanaan perjanjian di bawah Turkiye dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menangani masalah kekurangan bekalan makanan global.

    Sebanyak 12 buah kapal yang membawa lebih 370,000 tan metrik bijirin dan bahan makanan lain diberi kebenaran berlepas dari pelabuhan Ukraine, lapor agensi Anadolu memetik koordinator sementara PBB di Pusat Koordinasi Bersama (JCC) kepada pemberita di New York, kelmarin.

    “Kami melihat kesungguhan daripada segi kesediaan pemilik kapal untuk melakukan transit ini. Kami menjangkakan untuk melihat peningkatan besar dalam pelaksanaan,” kata Frederick Kenney.

    Beberapa kapal bijirin yang kosong sedang berlabuh di perairan Turki menunggu untuk kontrak mengangkut. Sebaik sahaja perjanjian mereka diatur, mereka akan menuju ke utara, tambahnya.

    Kapal-kapal yang berlepas dari pelabuhan Ukraine mengangkut jagung dan bahan makanan lain dan penghantaran gandum Ukraine yang pertama dijangka minggu depan. – Bernama

    Kapal mengangkut bijiran dari Ukraine melintasi Turkiye. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...