Sunday, May 5, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Undang-undang atau rotan?

    PHNOM PENH, 9 JAN – Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen kelmarin memberi amaran kepada pihak pembangkang bahawa mereka bakal berdepan tindakan undang-undang atau disebat dengan rotan sekiranya me-reka menuduh parti pemerintahannya mencuri undi di pusat pembuangan undi kebangsaan pada tahun ini.

    Salah seorang pemimpin paling lama berkhidmat di dunia, Hun Sen akan menyambut ulang tahun pemerintahan beliau ke-38 pada hujung minggu ini dan telah berikrar untuk bertanding lagi dalam pilihan raya Kemboja pada Julai depan.

    Bercakap semasa upacara di Wilayah Kampong Cham, beliau berkata pesaing politik perlu memilih antara mahkamah dan keganasan sekiranya mereka mengkritik pemerintahannya dalam Parti Rakyat Kemboja (CPP).

    “Hanya terdapat dua pilihan, satu ialah menggunakan tindakan undang-undang, satu lagi adalah dengan menggunakan rotan. Yang mana satu awda mahu?” katanya.

    “Sama ada awda berdepan tindakan undang-undang dalam mahkamah atau saya hantar orang CPP untuk ‘mengajar’ awda.”

    Beliau juga mengarahkan para peguam untuk meneliti ucapan-ucapan oleh para pesaingnya.

    “Kami tidak akan membenarkan awda menuduh kami sebagai pencuri setiap masa. CPP tidak mahu digelar sebagai pencuri yang mencuri undi. Kami mesti saman sesiapa yang berkata sedemikian,” tambahnya.

    Beliau kemudiannya menyatakan beliau tidak menggalakkan keganasan. – AFP

    Gambar fail bertarikh 14 Disember 2022 menunjukkan Hun Sen bercakap dalam sidang media semasa sidang kemuncak EU-ASEAN di ibu pejabat European Council di Brussels. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...