Tuesday, September 17, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vanessa Hudgens sudah kahwin

    Pelakon Amerika Vanessa Hudgens kini bergelar isteri kepada pemain besbol Cole Tucker.

    Majlis pernikahan tersebut berlangsung secara tertutup di Tulum, Mexico pada 2 Disember lalu.

    Vanessa turut berkongsi foto memperlihatkan dia bergambar di tepi pantai lengkap berpakaian berwarna putih.

    Untuk rekod, Vanessa dan Cole mula menjalinkan hubungan cinta sejak tiga tahun lalu ketika dunia dilanda wabak COVID-19.

    Menurut laporan mStar, mereka bertemu secara maya ketika sama-sama menyertai kumpulan meditasi yang dibuat menerusi video Zoom.

    Bintang High School Musical itu juga mengakui dia yang mengejar cinta Cole ketika muncul dalam program The Drew Barrymore Show pada Mei 2021. – Agensi

    Vanessa Hudgens berkahwin dengan Cole Tucker di Mexico. – mydailynews.com
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda