Saturday, June 10, 2023
22.6 C
Brunei

    -

    Vietnam larang aktiviti menyelam lindungi terumbu karang

    HANOI, 27 JUN – Vietnam telah mengharamkan aktiviti berenang dan menyelam di lokasi pelancongan yang popular dalam usaha menghidupkan semula terumbu karangnya yang rosak, kata pegawai-pegawai hari ini.

    Negara komunis itu mempunyai lebih 3,200 kilometer garis pinggir pantai dengan air yang sangat jernih, kaya dengan hidupan laut dan pantai-pantai berpasir yang menarik ramai pelancong.

    Terumbu karang di Asia Tenggara telah teruk terjejas oleh pemanasan global, dengan saintis-saintis memberi amaran bahawa degradasinya boleh mempunyai kesan buruk ke atas alam sekitar dan ekonomi.

    Gambar terkini yang diambil di pulau Hon Mun, kira-kira 14km dari bandar Nha Trang dan popular dengan para penyelam disebabkan kepelbagaian ekosistemnya, menunjukkan terumbu karang memutih dan rosak.

    “Pihak berkuasa pengurusan teluk Nha Trang memutuskan untuk menghentikan aktiviti-aktiviti berenang dan menyelam di kawasan-kawasan sekitar pulau Hon Mun,” pegawai-pegawai berkata.

    Dalam satu kenyataan, mereka berkata bahawa larangan itu adalah untuk “menilai semula keadaan kawasan sensitif supaya satu pelan sesuai untuk menggubal kawasan pemuliharaan laut” boleh dilaksanakan.

    Berkuat kuasa Isnin, larangan akan dilanjutkan sehingga “notis selanjutnya,” tambah mereka. – AFP

    Gambar yang diambil pada 3 Jun 2022 menunjukkan ikan di dasar laut pulau Hon Mun di Teluk Nha Trang, Vietnam. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Korea S sasar hubungan sihat dengan China

    SEOUL, 9 JUN - Penasihat keselamatan Korea Selatan, hari ini berkata negara itu berhasrat untuk mewujudkan hubungan sihat dengan China yang menekankan amalan saling...
    - Advertisment -