Sunday, May 5, 2024
23.4 C
Brunei

    -

    Wanita disabit bunuh, kerat tuan rumah

    CHICAGO, 24 APRIL – Seorang wanita Chicago telah disabitkan dengan kesalahan membunuh dan mengerat anggota tuan rumahnya, kemudian meletakkan beberapa bahagian tubuh badan mangsa di dalam penyejuk beku di rumah penginapan tempat dia tinggal.

    Juri Cook County menyabitkan Sandra Kolalou, 37, Isnin lalu atas semua pertuduhan yang dihadapinya, termasuk pembunuhan peringkat pertama, memotong mayat, menyembunyikan kematian dan mencuri identiti, lapor media. Hukumannya dijadualkan pada 20 Jun.

    Pendakwa raya berkata Frances Walker, 69, telah memberikan notis pengusiran kepada Kolalou dari rumah penginapan yang dimilikinya sebelum Kolalou membunuh dan mengerat tubuh badannya pada Oktober 2022.

    Kolalou, di mana peguamnya merancang merayu keputusan itu, telah ditangkap dan didakwa selepas kepala, lengan dan kaki Walker yang terputus ditemui di dalam penyejuk beku dapur di rumahnya di barat laut Chicago.

    Dia ditahan selepas polis berkata dia mengancam pemandu trak tunda dengan sebilah pisau untuk membawanya ke pantai di pinggir tasik Chicago.

    Pendakwa raya berkata Kolalou telah membuang beg berat ke dalam tong sampah di sana dan kemudian mengancam pemandu itu jika dia enggan membawanya ke lokasi lain.

    Anggota keluarga Walker memberitahu pemberita Isnin lalu bahawa keputusan itu menutup kes yang belum diselesaikan. – AP

    Gambar tanpa tarikh yang dikeluarkan oleh Pejabat Syerif Cook County (Illinois) ini menunjukkan Sandra Kolalou. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...