Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita Indonesia berbangsa Cina lafaz Syahadah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JULAI – Juh Fifa, seorang warga Indonesia berbangsa Cina berumur 25 tahun kelmarin melafazkan ikrar Dua Kalimah Syahadah di hadapan pegawai Bahagian Pengembangan Da’wah (Pengislaman), Pusat Da’wah Islamiah (PDI) di Majlis Pengislamannya yang diadakan di rumah kediaman Awang Haji Abdul Aziz bin Haji Metahir, di Kampung Junjungan, Jalan Lumapas.

    Hadir selaku tetamu kehormat di acara tersebut ialah Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan), Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Haji Hardifadhillah bin Haji Mohd Salleh.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan Lafaz Ikrar Pengislaman serta Dua Kalimah Syahadah oleh Juh Fifa, yang memilih nama Islamnya sebagai Nur Afifah binti Abdullah. Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada saudara baharu yang diraikan itu oleh tetamu kehormat majlis.

    Menurut kenyataan PDI, sejak Januari hingga 19 Julai 2024, Bahagian Pengembangan Da’wah (Pengislaman) telah mencatatkan seramai 189 orang yang telah memeluk agama Islam di negara ini.

    GAMBAR-GAMBAR SERAHAN PDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda