Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita melecur, 8 rumah musnah dalam kebakaran

    TAWAU, 17 JULAI – Seorang wanita melecur pada muka serta kaki dalam kejadian kebakaran melibatkan lapan rumah di Kampung Hidayat, Batu 4, Jalan Apas awal pagi tadi.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Jemishin Ujin berkata wanita berusia 31 tahun itu kini dirawat di Hospital Tawau.

    “Bomba menerima panggilan pada jam 1.50 pagi dan setibanya jentera serta 20 anggota bomba di lokasi, terdapat lapan rumah serta empat kereta terbakar. Anggota bertugas menggunakan empat pancutan air daripada sumber pili bomba dan tangki air jentera bagi memadamkan api, pasukan bomba membuat fire break dan berjaya menyelamatkan 15 rumah lain daripada terbakar,” katanya ketika dihubungi  hari ini.

    Menurut Jemishin, operasi ditamatkan pada jam 7.24 pagi dan punca kejadian serta nilai kerugian masih dalam siasatan. – Bernama

    Gabmar Freepik

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda