Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga emas ditemukan lemas susulan perlanggaran dua perahu

    MUKAH, 4 SEPT – Lelaki warga emas yang hilang selepas terjatuh ke sungai dalam insiden perlanggaran dua perahu panjang di Batang Oya, Dalat pada Isnin lepas ditemukan lemas tengah malam tadi. 

    Ketua Polis Daerah Dalat, DSP Saga Chunggat berkata mayat Dos Katiek, 81, ditemukan terapung oleh penduduk kampung dan akan dibawa ke Hospital Mukah untuk tindakan selanjutnya.

    “Pengecaman mayat Dos oleh keluarganya akan dilakukan apabila mayat sampai di Hospital Mukah,” katanya kepada Bernama hari ini.

    Dalam kejadian kira-kira jam 7:20 pagi itu, Dos dilaporkan terjatuh ke dalam sungai setelah perahu panjang yang dikendalikannya berlanggar dengan sebuah perahu panjang lain yang dikemudi seorang guru di lokasi antara Kampung Sua dan Kampung Klid di kawasan itu. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda