Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga IBTE jalin silaturahim di suasana Hari Raya

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 1 MEI – Para pelajar dan tenaga pengajar di Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Kampus Sultan Bolkiah (SBC) berpeluang mengeratkan hubungan silaturahim dalam suasana perayaan yang mesra dan harmoni semasa majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri, baru-baru ini.

    Majlis sambutan pada 29 April lalu itu diadakan di dewan serba guna kampus berkenaan di mana ia dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti dan acara termasuk cabutan bertuah, persembahan nyanyian oleh pelajar daripada program Mekanikal, Kimpalan, IEM, Pemesinan, Perniagaan dan IT.

    Selain itu, hadiah turut disampaikan kepada pelajar dan tenaga pengajar yang memiliki petak terbaik dan pakaian terbaik pada sambutan tersebut.

    Warga IBTE bergambar kenangan semasa majlis berkenaan diadakan. – GAMBAR SERAHAN OLEH IBTE SBC
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda