Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    WARISAN hulur sumbangan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JULAI – Sempena sambutan Awal Tahun Hijrah 1446, Majlis Perundingan Kampung Jerudong B (MPKJB) bersama Persatuan Warisan Kedayan Jerudong (WARISAN) telah mengadakan projek amal hijrah kelmarin.

    Projek amal kali ini memberikan sumbangan berupa barangan asasi kepada salah seorang penduduk asal Kampung Jerudong B yang terpilih, Awang Hassan bin Haji Ludin, 68
    tahun.

    Penyerahan sumbangan tersebut disampaikan oleh Pemangku Ketua Kampung Jerudong B, Awang Kamis bin Panjang. Turut hadir semasa penyerahan itu adalah ahli MPKJB dan ahli WARISAN.

    Awang Kamis menyampaikan sumbangan kepada Awang Hassan baru-baru ini. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda