Sunday, May 5, 2024
23.4 C
Brunei

    -

    Warriors atasi Lakers

    SAN FRANCISCO, 11 MEI – Golden State Warriors mempertahankan kejuaraan NBA mereka kelmarin dengan kemenangan 121-106 ke atas Los Angeles Lakers, yang menyaksikan bintang mereka, Anthony Davis terpaksa meninggalkan gelanggang setelah terkena pukulan di kepala.

    Warriors mengurangkan defisit dalam siri separuh akhir Western Conference mereka kepada 3-2.

    New York Knicks juga kekal bersaing apabila Jalen Brunson menjaringkan 38 mata dalam kemenangan 112-103 ke atas Miami Heat di Madison Square Garden yang melonjakkan siri separuh akhir Estern Conference mereka ke perlawanan keenam.

    Golden State dan New York mesti memenangi perlawanan di tempat lawan pada Jumaat untuk memberi mereka peluang memenangi siri masing-masing pada Ahad.

    Hanya 13 pasukan NBA telah bangkit daripada ketinggalan 3-1 untuk memenangi satu siri. Warriors berjaya melakukannya ketika menentang Oklahoma City Thunder pada perlawanan akhir Western Conference pada 2016, kemudian pasukan Cleveland Cavaliers yang diketuai oleh LeBron James melakukan perkara yang sama menentang mereka di Pusingan Akhir NBA.

    “Melibatkan diri dalam perlawanan ini, kami hanya mahu memenangi satu, memberi peluang kepada diri kami sendiri, dengan mengetahui bahawa kami mempunyai perlawanan keenam yang besar di LA dan kami memerlukannya untuk terus bersaing,” kata bintang Warriors, Stephen Curry kepada penyiar TNT.

    Curry menjaringkan 27 mata untuk mendahului enam pemain Warriors dalam dua angka. Andrew Wiggins menjaringkan 25 mata dan Draymond Green mencatatkan double-double sebanyak 20 mata dan 10 rebound.

    Lakers tidak tewas di tempat sendiri sepanjang musim ini, tetapi mereka mungkin akan kehilangan Davis, yang meninggalkan pasukan pada suku keempat selepas cedera disikukan oleh pemain Golden State, Kevon Looney. – AFP

    Aksi Anthony Davis (tengah) semasa separuh masa pertama Permainan 5 siri playoff pusingan kedua bola keranjang NBA di San Francisco, 10 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...