Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wembanyama bantu Perancis singkir Brazil

    LILLE, 28 JULAI – Victor Wembanyama menjaringkan 19 mata tertinggi bersama pasukan Perancis ketika tuan rumah mengetepikan permulaan lembap untuk menewaskan Brazil 78-66 dalam perlawanan pembukaan bola keranjang Olimpik, kelmarin.

    Perancis memenangi perak di Tokyo tiga tahun lalu dan berharap untuk bermain lebih baik di tempat sendiri, dirangsang oleh kehadiran pemain pilihan terbaik NBA dan pemain baharu, Wembanyama, tahun lalu.

    Perancis ketinggalan lapan mata selepas suku pertama di Lille sebelum mengambil alih permainan pada babak kedua dan ketiga, dengan Nicolas Batum turut menyumbang 19 mata.

    Bintang San Antonio Spurs, Wembanyama, yang bermain dalam kejohanan antarabangsa pertamanya untuk Perancis, berkata dia terpesona dengan suasana di Stade Pierre-Mauroy.

    “Saya tidak pernah mengalami keadaan seperti itu… ia sangat menakjubkan, saya tidak pernah terfikir tentang itu,” kata Wembanyama, yang melakukan sembilan rebound dan tiga block.

    Wembanyama (kiri), dihadang oleh Dias dalam perlawanan bola keranjang lelaki di Sukan Olimpik Musim Panas 2024 pada 27 Julai di Villeneuve-d’Ascq, Perancis. – AP

    Perancis menentang Jepun dalam perlawanan kedua Kumpulan B mereka pada Selasa. Manakala juara dunia Jerman menewaskan Jepun pada awal hari untuk melancarkan kempen Olimpik mereka, didahului dengan 22 mata daripada penyerang Orlando Magic, Franz Wagner.

    Sementara itu, Australia, pemenang pingat gangsa pada Sukan Olimpik lalu, menundukkan Sepanyol 92-80 dengan lima pemain berbeza mencatat mata dua digit, termasuk Jock Landale yang menjaringkan 20 mata.

    Dalam perlawanan kedua Kumpulan A, walaupun Giannis Antetokounmpo berjaya memperoleh 34 mata akan tetapi Kanada telah mengatasi Greece 86-79.

    Manakala Amerika Syarikat pula memulakan saingan mereka untuk merebut gelaran Olimpik kelima berturut-turut menentang Serbia hari ini.

    Dalam kumpulan C, Puerto Rico akan menentang Sudan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda