Sunday, May 5, 2024
29.6 C
Brunei

    -

    WHO: Elak guna pemanis bukan gula

    WASHINGTON, 16 MEI – Pemanis bukan gula (NSS) tidak memberikan sebarang faedah jangka panjang untuk orang dewasa atau kanak-kanak yang ingin mengurangkan lemak badan, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam garis panduan baharu yang dikeluarkan semalam.

    WHO mencadangkan orang ramai mengelak daripada menggunakan NSS untuk mengawal berat badan atau mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit, lapor United Press International (UPI).

    Penggunaan pemanis bukan gula dengan tujuan menurunkan berat badan juga boleh meningkatkan risiko diabetes tahap 2, penyakit kardiovaskular dan kematian pada orang dewasa.

    Syor WHO itu terpakai kepada semua kecuali orang dewasa yang sudah menghidap diabetes. Garis panduan itu juga merangkumi kebanyakan pengganti gula termasuk aspartam, stevia dan derivatif stevia.

    “Menggantikan gula dengan NSS tidak membantu mengawal berat badan dalam jangka panjang. Orang ramai perlu mempertimbangkan cara lain untuk mengurangkan pengambilan gula, seperti mengambil makanan dengan gula semula jadi, seperti buah-buahan atau makanan dan minuman tanpa gula.

    “NSS bukanlah faktor pemakanan yang penting dan tidak mempunyai nilai pemakanan. Orang ramai perlu mengurangkan kemanisan diet sama sekali, bermula pada awal kehidupan, untuk meningkatkan kesihatan mereka,” kata Pengarah WHO untuk Pemakanan dan Keselamatan Makanan, Francesco Branca dalam satu kenyataan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...