Sunday, May 19, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    China sedia bantu mangsa Siklon Mocha

    BEIJING 16 MEI – China sedia menawarkan bantuan kemanusiaan kecemasan yang diperlukan kepada negara-negara yang terkesan akibat siklon Mocha, termasuk Myanmar, kata jurucakap Agensi Kerjasama Pembangunan Antarabangsa China (CIDCA), Xu Wei kelmarin.

    “China amat prihatin terhadap bencana siklon Mocha yang membadai negara-negara termasuk Myanmar dan sedang berhubung rapat dengan pihak-pihak berkaitan untuk mendapat maklumat mengenai kehilangan nyawa dan kerugian harta benda,” katanya.

    Siklon Mocha yang mendarat dan melintasi wilayah Myanmar pada Ahad telah menyebabkan bencana serius di banyak tempat.

    Setakat ini, lebih 60 orang dilaporkan maut di Myanmar, hampir seribu rumah penduduk tempatan, lebih 60 sekolah dan 10 hospital serta pusat klinik musnah akibat bencana itu.

    Buat masa ini, operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan di kawasan bencana. – Bernama

    Penduduk tempatan menunggang motosikal di atas jalan manakala pokok tumbang terletak berhampiran masjid selepas Taufan Mocha di perbandaran Sittwe, Negeri Rakhine, Myanmar pada 15 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...