Saturday, May 4, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Wira kemerdekaan Timur Leste menang p’raya parlimen

    DILI, TIMOR LESTE, 23 MEI – Parti wira kemerdekaan Timor Lesta, Xanana Gusmao memenangi pilihan raya parlimen tetapi kekurangan majoriti, keputusan rasmi menunjukkan hari ini.

    Parti pembangkang Kongres Kebangsaan untuk Pembinaan Semula Timor (CNRT) mendahului dengan 41.6 peratus undi, manakala pesaing utamanya dan pemimpin gabungan, Fretilin (penjawat kini) mendapat 25.7 peratus, menurut pengiraan suruhanjaya pilihan raya bagi semua pusat mengundi.

    Keputusan pilihan raya Ahad lalu itu membuka jalan untuk kembali berkuasa bagi Gusmao, 76 tahun, presiden pertama Timor Lesta, jika beliau boleh membentuk gabungan.

    Jika tiada pemenang nyata, perlembagaan memberi peluang kepada parti yang mempunyai undi terbanyak untuk membentuk gabungan.

    “Saya gembira kerana CNRT memenangi pilihan raya 2023 dan saya amat menghargai kesedaran masyarakat khususnya golongan muda yang telah menyumbang kepada keamanan dan kestabilan,” kata Gusmao kepada wartawan.

    Pengundi membuang undi mereka untuk 65 kerusi di parlimen, berharap dapat menamatkan kebuntuan bertahun-tahun di negara termuda Asia itu.

    CNRT memperoleh 31 daripada kerusi tersebut dan perlu bekerjasama dengan satu atau lebih parti lain.

    Ia memenangi pilihan raya presiden tahun lalu, dengan sekutu Gusmao dan pemenang Nobel Keamanan, Jose Ramos-Horta menjawat jawatan. – AFP

    Xanana Gusmao (kanan) menyapa penyokong di Dili, Timor Leste, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...