Saturday, May 18, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Pengangkutan awam percuma di Norway

    OSLO, 23 MEI – Bandar Stavanger di Norway bersedia untuk menawarkan pengangkutan awam percuma kepada penduduknya selama setahun bermula Julai.

    Datuk Bandar, Kari Nessa Nordtun, berkata bandar Stavanger telah memperuntukkan 200 juta Kroner Norway (AS$18.4 juta) untuk projek itu. 

    Orang ramai akan dapat menggunakan perkhidmatan bas, bot dan kereta api di bandar ini secara percuma selama setahun, katanya semalam, lapor Xinhua.

    Inisiatif berkenaan bertujuan menangani peningkatan penggunaan kenderaan persendirian dan mempromosikan penggunaan pengangkutan awam di bandar keempat terbesar di Norway itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...